History

Sejarah Rumah Warisan






Rumah warisan Mariam Othman ini sudah berusia lebih daripada seratus tahun lamanya, Rumah yang pada asalnya dimiliki oleh Sidang Mahmood ini adalah diantara deretan rumah yang masih mengekalkan nilai-nilai tradisi dan sejarah yang terkandung di Negeri Melaka. Walau pun sudah dinaik taraf beberapa kali namun  ini nilai sejarah dan seni yang melekat di rumah ini tidak pernah pudar ditelan arus kemodenan. Ada diantara bahagian rumah yang sudah wujud dan masih kekal daripada zaman penjajahan British lagi seperti atap rumah.


Sejarah Kampung Morten

Kampung Morten "Muzium Hidup"
Kampung ini dianggap sebagai Muzium hidup memandangkan rata-rata penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.

Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten, pesuruhjaya Tanah apabila suruhjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan kawasan paya di pinggir Sungai Melaka.

Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung Melayu di bandar bersejarah ini yang masih memiliki identiti tersendiri walaupun melewati beberapa zaman reka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.

Pengunjung akan berpeluang melihat semua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasa dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali kepada zaman kerajaan Melayu Melaka.

Kampung Morten telah mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan dibawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong